Friday, June 4, 2010

Bab1

Lima pasang kaki mengambil langkah. Ketawa mereka kedengaran ke seluruh pelusuk Aspuri-A. Dat memuncung. 'Apa tidaknya dah di gelakkan, buat malu je lah' getusnya.

"Korang ni buat lawak tak lawak langsung...." rungut Dat.

"Ko memang luculah... kantoi abis...tidur mati...hahaha" A'id ketawa.

"Nasib je, tak snoring kat kelas tu..."Korn mengukir senyum.

"Ei, ko sendiri melatah, apa pasal...?" sampuk Raf.

Ketawa letup lagi.

"Malunya... Cikgu Zariq pula tiba-tiba masuk..." Korn mengomel.

"Eiii.. kalau aku, berhenti sekolah kut..." DK cuba membayangkan dirinya di tempat Korn.

"Jangan je, kisah teladan ni sampai kat telinga Guru-guru , terutama sekali Cikgu Zariq. Kalau tak, habislah kita..."Raf berdoa dalam hati.

Kaki sampai ke bilik 13.

Semua senyap.

"Kesian Cikgu Mei, kan?" soalan terpacul dari mulut A'id. "Kita dah banyak kali tidur, time dia mengajar." sambungnya.

Angguk.

"Jom, kita buat sesuatu." Dat memberi idea.

Semua mata tertumpu pada Dat. Muka hairan. "Buat apa?" Kata mereka hampir serentak.

"Entah."pendek jawabnya.

Tiba-tiba, Syad masuk. Syad mengeluh. "Korang ada berita buruk..." hairan.







"Ada ke patut kita cuci longkang....Malam pula tu..." rungut A'id. "Patut apa kita cuci longkang. Tapi masanya yang tak sesuai.." balas Syad.

"Malam ni malam apa?"tanya Raf. Pekehal tanya soalan luar alam ni?

"Malam jumaat." selamba Dat menjawab. Semua terdiam. Dat mengangkat muka. "Malam ni, malam jumaat. betul ar?" sambung Dat lagi.

Mereka menyambung kerja.Senyap.

Senyap lagi.

"Korang,janganlah senyap. Seram aku tau..."DK berkata perlahan.

"Gong!!Gong!!!Gong!!" Anjing menyalak.

"Argh...Apa tu???!" Korn melatah lagi. Semua tersentak dek terkejut mendengar jeritan Korn.

"Hush...Anjing nyalak jelah..." marah Raf.

Korn terdiam. Semua menahan geram. "Korn, boleh tak berhenti melatah...? terkejut aku tau..." rungut A'id.

"heh. Sorry." Angguk.

Kerja disambung.

"Korang, sabun abis arh... Tolong ambik kat stor sekolah." nyata Syad.

A'id, Korn dan Dat mengambil langkah.

"mana sabunnya ni?"tanya Dat.

"Entah..." ringkas jawapan A'id.

"Syad kata, stor mana tadi...?" Korn pula menanya.

"takkanlah stor sukan. Mestilah stor sekolah." jawab Dat. Angguk.

"Hah!!! ini dia...!" Korn yang overxited tu teriak. Dat dan A'id tersentak.

'Hish...budak sorang nilah...'getus hati Dat.

Wednesday, June 2, 2010

Prolog

"So, fraction is a easy lesson you know...senang je..." mata Cikgu Mei Ling meliar melihat ruang kelas tersebut. Tiba-tiba, matanya menangkap kumpulan itu. Ya lagi,lagi dan lagi dalam buaian tidur dia orang.

Kakinya melangkah satu persatu. Kumpulan tu masih nyenyak mengukir mimpi. 'sedapnya tidur..' bisik hati Cikgu bujang itu. Tangannya menggenggam rotan satu depa. Semua pelajar kelas 2 Intelek terdiam. Rotan megambil langkah 180°,dan terus menghempap meja.

"Wei, mampus kepala botak Cikgu Zariq!!" mata kuyu Korn membuntang. Korn mula melatah. A'id, Syad dan DK tersedar dan mula menahan ketawa. Cikgu Mei Ling merenung mereka tajam. Korn, Syad, Dk , A'id dan.... Dat. Dat masih melentang kat atas meja. Marah ditahan.

"Bangunkan dia!!! Keluar!! Angkat tangan kedepan lurus. Sekali jatuh , tambah satu minit. faham?!" Cikgu Mei Ling membebel.

Angguk.

A'id berjalan kearah Dat, dan menggoncang bahu Dat.

Dat terpinga-pinga.