Saturday, July 10, 2010

Bab2

Lagu Charice-Pyramid berdentum kat telinga. Tangan laju menulis note maths. 'betul ar tak paham...'

"Wei, aku langsung tak paham ni....." Dat bersuara.

"Kami paham.." Korn, Syad, A'id ngan Raf angguk."aku taubat arh, kalau dipaksa jadi akauntan kalau gini..."Raf menuturkan. Sigh.

"Aku pun..." DK angguk.

"Jom buat sesuatu..."Syad sengih."jomlah! main masak-masak ke.. main hujan....dance ke...fly ke..."

Tujuh pasang mata terbuntang.Gila!

"nak dance apa? chicken dance?" Raf kata.

Ketawa dah letup.

"Gila ke apa chicken dance...? Lady Gaga lagi best..."A'id sampuk.

"Sudah-sudahlah tu Lady Gaga. ko ingat bagus sangat ke maksud-maksud lagu dia tu...?"Dat membalas.A'id sengih.

Senyap.

"Jadi....pa lah yang nak di buat ni...?" Korn buat muka.

"Jom masak telur...." Raf bagi idea.

"nak masak kat mana?" tanya Syad.

"Kat ironlah." Dat sengih.

"Ha.Ha.Lucunya yang teramat." muka A'id serius.

"Memang betullah kena masa kat seterika."Raf lagi serius.

huh? Gigi rasa dah nak ter-jongang tetiba.

"Camna?"

"ada tegok ke orang buat burger masak telur...?"Raf menjawab ngan soalan.

"Guna iron aku..."Dat bangun.

"Baik pula hati dia hari ni..."Korn ketawa.

"Abnormal." Dk sengih.




'Jangan Bersedih' Karya Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni itu, diselak Dat.

"Buku Syad ni kan?"Tanya Dat.

"Ya."Raf menjawab pendek.

"Empat perkara yang harus kita elakkan."Dat tiba-tiba bersuara.

1. Bersungut / berungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah s.w.t.

"Aku selalu buat ni...."Dat mengomel.

"Memang..." Dk sengih dan angguk.

2. Berbuat dosa dan tidak disertai taubat. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Maka ia adalah diusebabkan apa-apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa).” (Asy-Syura:30)
"Ya Allah, Ampunkanlah dosa aku.........Banyaklah yang teramat aku buat dosa..."Dat menadah tangan.Amin. Buku diselak kembali.

3. Iri hati kepada sesama manusia, muncul perasaan untuk membalas dendam kepada dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada orang lain. Mereka lupa kepada firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya.” Sebuah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tidak akan merasa tenang orang yang berhasda dengki.”


4. Berpaling daripada mengingati Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.” (Taha:124).

"Astaghfirullah...."







Friday, June 4, 2010

Bab1

Lima pasang kaki mengambil langkah. Ketawa mereka kedengaran ke seluruh pelusuk Aspuri-A. Dat memuncung. 'Apa tidaknya dah di gelakkan, buat malu je lah' getusnya.

"Korang ni buat lawak tak lawak langsung...." rungut Dat.

"Ko memang luculah... kantoi abis...tidur mati...hahaha" A'id ketawa.

"Nasib je, tak snoring kat kelas tu..."Korn mengukir senyum.

"Ei, ko sendiri melatah, apa pasal...?" sampuk Raf.

Ketawa letup lagi.

"Malunya... Cikgu Zariq pula tiba-tiba masuk..." Korn mengomel.

"Eiii.. kalau aku, berhenti sekolah kut..." DK cuba membayangkan dirinya di tempat Korn.

"Jangan je, kisah teladan ni sampai kat telinga Guru-guru , terutama sekali Cikgu Zariq. Kalau tak, habislah kita..."Raf berdoa dalam hati.

Kaki sampai ke bilik 13.

Semua senyap.

"Kesian Cikgu Mei, kan?" soalan terpacul dari mulut A'id. "Kita dah banyak kali tidur, time dia mengajar." sambungnya.

Angguk.

"Jom, kita buat sesuatu." Dat memberi idea.

Semua mata tertumpu pada Dat. Muka hairan. "Buat apa?" Kata mereka hampir serentak.

"Entah."pendek jawabnya.

Tiba-tiba, Syad masuk. Syad mengeluh. "Korang ada berita buruk..." hairan.







"Ada ke patut kita cuci longkang....Malam pula tu..." rungut A'id. "Patut apa kita cuci longkang. Tapi masanya yang tak sesuai.." balas Syad.

"Malam ni malam apa?"tanya Raf. Pekehal tanya soalan luar alam ni?

"Malam jumaat." selamba Dat menjawab. Semua terdiam. Dat mengangkat muka. "Malam ni, malam jumaat. betul ar?" sambung Dat lagi.

Mereka menyambung kerja.Senyap.

Senyap lagi.

"Korang,janganlah senyap. Seram aku tau..."DK berkata perlahan.

"Gong!!Gong!!!Gong!!" Anjing menyalak.

"Argh...Apa tu???!" Korn melatah lagi. Semua tersentak dek terkejut mendengar jeritan Korn.

"Hush...Anjing nyalak jelah..." marah Raf.

Korn terdiam. Semua menahan geram. "Korn, boleh tak berhenti melatah...? terkejut aku tau..." rungut A'id.

"heh. Sorry." Angguk.

Kerja disambung.

"Korang, sabun abis arh... Tolong ambik kat stor sekolah." nyata Syad.

A'id, Korn dan Dat mengambil langkah.

"mana sabunnya ni?"tanya Dat.

"Entah..." ringkas jawapan A'id.

"Syad kata, stor mana tadi...?" Korn pula menanya.

"takkanlah stor sukan. Mestilah stor sekolah." jawab Dat. Angguk.

"Hah!!! ini dia...!" Korn yang overxited tu teriak. Dat dan A'id tersentak.

'Hish...budak sorang nilah...'getus hati Dat.

Wednesday, June 2, 2010

Prolog

"So, fraction is a easy lesson you know...senang je..." mata Cikgu Mei Ling meliar melihat ruang kelas tersebut. Tiba-tiba, matanya menangkap kumpulan itu. Ya lagi,lagi dan lagi dalam buaian tidur dia orang.

Kakinya melangkah satu persatu. Kumpulan tu masih nyenyak mengukir mimpi. 'sedapnya tidur..' bisik hati Cikgu bujang itu. Tangannya menggenggam rotan satu depa. Semua pelajar kelas 2 Intelek terdiam. Rotan megambil langkah 180°,dan terus menghempap meja.

"Wei, mampus kepala botak Cikgu Zariq!!" mata kuyu Korn membuntang. Korn mula melatah. A'id, Syad dan DK tersedar dan mula menahan ketawa. Cikgu Mei Ling merenung mereka tajam. Korn, Syad, Dk , A'id dan.... Dat. Dat masih melentang kat atas meja. Marah ditahan.

"Bangunkan dia!!! Keluar!! Angkat tangan kedepan lurus. Sekali jatuh , tambah satu minit. faham?!" Cikgu Mei Ling membebel.

Angguk.

A'id berjalan kearah Dat, dan menggoncang bahu Dat.

Dat terpinga-pinga.